Wednesday 3 October 2012

Gara-gara Najib takut berdebat, Peniaga Roti Canai guna Istilah 'Roti Najib' ganti 'Roti Tiada Telur'

Semalam ketika melayari laman micro blogging Twitter membaca soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada Najib (#Tanya Najib) dalam sessi Google Hang-out malam ini terbaca aku satu soalan..



Soalan yang dijangka langsung tak akan dijawab oleh Najib.



Soalan yang ditanya oleh @azhar1975 itu berbunyi “Dato Seri tau tak ada roti canai dinamakan roti najib?”.. sila lihat di ( SINI )




Memang diakui ada sesetengah Kedai atau Restoran mamak yang menggunakan istilah itu untuk roti canai mereka, ianya digunakan untuk roti kosong (roti tiada telur).



Dan ramai anak muda menggunakan istilah 'Roti Najib' jika ingin menikmati roti canai tiada telur.



Peniaga roti canai pun sudah faham apa yang dimaksudkan dengan 'Roti Najib' itu..



Tapi tak pernah lagi aku jumpa kedai yang yang seberani ini.. tengok gambar di bawah..




Gara-gara takut dengan cabaran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang meminta Perdana Menteri, Najib berdebat dengannya semasa sesi perbahasan Bajet 2012 oleh Anwar pada 1 Oktober lalu, peniaga roti canai meletakkan menu roti canai di kedainya sebagai 'Roti Najib'!



Dijual dengan harga 80 sen sekeping, 'Roti Najib' ini dipercayai mula dijual semalam sebagai simbolik ketakutan Najib yang diistilah sebagai tiada telur sebab tidak berani) berdebat dengan Anwar walaupun berkali-kali Anwar menggesa Najib Altantuya membincangkan intipati bajet yang dibentangnya sendiri pada Jumaat lalu.



Dalam senarai menu yang sama, roti telur dijual lebih mahal dengan harga RM1.50 sekeping.



Tidak diketahui sama ada peniaga roti canai ini adalah penyokong Pakatan Rakyat namun beliau tidak gentar sekiranya pihak berkuasa mahu menyerbu kedainya semata-mata tindakannya menamakan roti canai itu sebagai 'Roti Najib'.



Dengan bukti jelas ini sahlah bahawa Najib kini dimalukan secara terbuka tanpa rasa takut atau bimbang mengenai sebarang tindakan yang akan dikenakan ke atasnya ~ Jalan Pulang






Sumber: Dari Sungai Derhaka

No comments:

Post a Comment