Friday 21 December 2012

macamurangsabahatokoi.blogspot.com

Operasi di blog ini mempunyai mirror [duplicate] di laman http://macamurangsabahatokoi.blogspot.com
Teruskan bersama-sama kami.

Macam Urang Sabah: Atokoi!
21 Dis 2012

Wednesday 7 November 2012

Operasi Laman Ini Diteruskan ke http://www.atokoi.tk

Operasi di blog ini adalah diteruskan ke laman http://atokoi.tk mulai 01 Nov, 2012
Sila lawati laman berkenaan dengan mengklik pautan di atas atau mengklik pada gambar yang tertera di bawah.

Terima kasih kerana terus bersama-sama kami.

Macam Urang Sabah: Atokoi!
01 November, 2012

Thursday 4 October 2012

[BERGAMBAR] Mengejutkan Janet Jackson Pilih Islam, Bertudung!



Penyanyi sekaligus bintang top Amerika Syarikat, Janet Jackson kini menjadi sensasi. Jackson dikhabarkan sudah bersiap sedia untuk berkahwin dengan calon suaminya, seorang jutawan Timur Tengah, Wissam al-Mana.


Media Showbizspy, melaporkan pada Isnin 1 Okt kelmarin menyebutkan bahawa pernikahan Janet dengan Wissam akan menelan dana hingga 20 juta dolar atau kira-kira RM60 juta. Menurut sumber perkahwinan itu akan menjadi ' terbesar sepanjang sejarah.'


“Mereka telah merencanakan pernikahan pada tahun 2013, namun untuk waktu tepatnya masih difikirkan,” kata salah satu sumber.


Janet dan Wissam akan mengundang 500 tamu. Wissam juga akan memberikan jam tangan Rolex sebagai cenderahati untuk tamu. Kini menjadi isu mengejutkan, bila Janet telah masuk Islam, mengikuti agama yang dianut Wissam.


Majalah Mediatakeout, Ahad 30 Sept memperlihatkan gambar Janet memakai tudung yang menutup aurat semasa berada di Miami, Florida. Tabloid gosip National Enquirer mengumumkan Janet kini sudah positif menganut agama Islam dengan tajuk “Janet Jackson’s Secret Muslim Life: Inside Her Bizarre World“.


Sebenarnya, Islam bukan agama yang asing bagi keluarga Jackson. Kakak Janet, Jermaine diketahui adalah seorang Muslim. Begitu juga Michael Jackson menganut Islam, meskipun hingga kini misteri kematiannya masih simpang siur. -ibnuhasyim




































Sumber: Kelab GreenBoc

JOM teka kaler seluar dalam Pelacur Monggolia ni...


Terkejut betul gua bila baca tajuk entry di blog bro Mazidul.. Gua ingatkan beliau main-main je bila suruh teka warna seluar dalam Pelacur Monggolia tu beb.., rupanya beliau serius..



Dan korang jangan silap paham ye.., awek Monggolia tu langsung tak ada kaitan dengan Najib atau Rosmah..



Kalau kaitan dengan Anwar tu gua tak tahu lah beb.. Korang kenalah tanya Trio Datuk T kot-kot ada video terbaru Anwar dengan MonggolianDoll pulak..



So.., Bro Mazidul sebenarnya nak dedahkan sindiket bapak ayam yang semakin berani menggunakan blog sebagai bahan promosi.. Dorang siap bagi detail sekali pelacur-pelacur yang ditawarkan.. (BACA SINI)



Melalui pemerhatian gua dalam blog bapak ayam tu.., dorang semua beroperasi di seluruh negara dan bergerak aktif melalui tempahan telefon..



Dahsyat kannn.. Bukan takat Monggolia je ada.., China, Thailand dan Russia pun adaaaa bebbbb... Anwar mesti suka punyalahhh...



Jadi.., dengan pendedahan di blog Mazidul tersebut, gua harap pihak yang terbabit dapat ambik tindakan sewajarnya..



Dan gua jugak harap.., tak ada sebarang amaran keras atau amaran terakhir dikeluarkan dalam kes diatas... Hahahahaha..





p/s: Gua sampai sekarang tak dapat cam kaler seluar dalam awek Monggolia tu.. Spek mata gua hilang... Huhuhu...





Sumber: Media Permatang Pauh

Wednesday 3 October 2012

GILA!!! Bayi umur sebulan dirogol dan didera..

Manusia sekarang ni makin gila.. Bukan setakat yang cukup umur dirogolnya beb.., bayi yang baru umur 1 bulan pun dorang jadikan mangsa...



Walaupun kejadian ni berlaku di luar negara, ia patut kita jadikan pengajaran supaya kejadian tu tak berulang didalam masyarakat kita..



Di London, seorang bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan lebam di seluruh tubuh dipercayai didera oleh bapanya sendiri..



Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya patah. Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol.



Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu. Mereka bagaimanapun dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut.



Satu kumpulan menulis dalam Facebook: “Penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend.” Ia juga mendesak supaya nama pasangan berkenaan didedahkan.



Seorang pengunjung lain menulis: “Pasangan itu perlu dipenjara dan tidak dibenarkan diikat jamin, Mereka adalah penjahat.”.



Seorang wanita menambah: “Kami terkejut dengan kejadian ini dan mahu menyuarakan ”sokongan kami terhadap kanak-kanak itu dengan mengadakan upacara khas untuknya malam ini.”



Bayi itu yang namanya tidak disiarkan, berada dalam keadaan tenat ketika dihantar ke hospital, Khamis lalu.



Bagaimanapun, malam tadi, dia menunjukkan tanda-tanda semakin pulih selepas dipindahkan ke sebuah hospital di London. Polis turut menghantar pakar forensik untuk memeriksa sebuah rumah di Gravesend.



Jiran berkata, seorang lelaki dan seorang wanita tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang bayi yang baru lahir.



Mereka disifatkan sebagai peramah. Seorang jiran bagaimanapun berkata, dia terdengar bunyi orang bergaduh di rumah berkenaan, Khamis lalu.





Sumber: Media Permatang Pauh

Mashitah, Dua Lagi Diarah Fail Pembelaan Saman FITNAH Ust. Hadi



Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan dua lagi untuk memfailkan pernyataan pembelaan mereka berhubung kes saman fitnah oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum 30 Oktober ini.



Tarikh tersebut turut ditetapkan oleh Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof untuk pengurusan kes berkenaan.



Hadir pada prosiding hari ini ialah peguam, Nur Diana Mat Radzai bagi pihak Abdul Hadi selaku pihak plaintif, manakala kesemua defendan diwakili peguam-peguam, Abang Azlan Abang Ariffin dan Zunita Kamaruzaman.



Menurut saman yang difailkan pada 18 September lalu, Ahli Parlimen Marang itu menamakan Mashitah defendan pertama sementara penerbit dan pencetak akhbar Sinar Harian, Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. (Sinar Karangkraf) dan Ultimate Print Sdn. Bhd. (Ultimate) masing-masing defendan kedua dan ketiga.



Abdul Hadi dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, defendan pertama telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya dalam kolum beliau 'Langit Terbuka' yang kemudiannya diterbit dan dicetak oleh defendan kedua dan ketiga pada 2 Mac lalu.



Dakwanya, kata-kata fitnah yang ditulis itu antara lainnya menunjukkan bahawa plaintif adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak untuk menjadi pemimpin parti.



Tindakan Sinar Karangkraf dan Ultimate menerbit dan mencetak artikel terbabit tanpa usul periksa pula didakwa bertujuan untuk mensensasikan berita dan melariskan jualan bagi mendapatkan faedah kewangan.



Perbuatan kesemua defendan itu didakwa Abdul Hadi telah menyebabkan beliau menanggung aib dan malu serta dipandang hina oleh masyarakat.



Walaupun telah memohon kesemua defendan menarik semula pernyataan fitnah terbabit, meminta maaf dan membayar ganti rugi melalui surat peguam bertarikh 20 Jun lalu, Abdul Hadi mendakwa, pihak defendan telah cuai, gagal atau mengabaikan permintaannya.



Oleh itu, Abdul Hadi memohon ganti rugi am, teladan dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya, kos serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.



Plaintif turut menuntut kesemua defendan menarik semula pernyataan fitnah tersebut dan meminta maaf di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia dalam tempoh 24 jam selepas perintah dikeluarkan oleh mahkamah.








Sumber: Kelab GreenBoc

Siapa pelakon wanita melayu yang beraksi GHAIRAH ni..?


Satu video artis pompuan melayu yang sedang menari dengan aksi ghairah sekarang ni menjadi topik panas dan menjadi bahan carian popular dalam laman siber..



Video tersebut menampilkan sorang artis melayu yang berpakaian sangat seksi menari tango.



Untuk pengetahuan semua, video pelakon cantik menari tango seksi ini adalah ketika dia membuat persembahan tarian Tango semasa dia masih belajar di Sunway Universiti.



Video berdurasi 7.43 minit ini menyaksikan 6 orang wanita termasuk pelakon berkenaan yang berpakaian seksi berwarna hitam.



Pelakon yang juga merupakan heroin drama "Vanilla Coklat" ini boleh dilihat memakai corset dan skirt pendek bersama stokin yang seksi dengan tarian yang dipersembahkan agak mengghairahkan.



Walaupun baru-baru ini video tersebut telah dipadamkan dari laman berkenaan, akhirnya ia muncul semula dengan tajuk berbeza.. Apa nak jadi pada artis melayu kita sekarang ni yee..?



Gua malas nak ulas panjang.., korang layan je lah...








p/s: Lagi satu..., gua nak ucapkan terima kasih kepada korang semua kerana telah menjadikan MPP Online sebagai blog NO 1 di Malaysia.. Untuk lebih detail, sila KLIK SINI..





Sumber: Media Permatang Pauh

Gara-gara Najib takut berdebat, Peniaga Roti Canai guna Istilah 'Roti Najib' ganti 'Roti Tiada Telur'

Semalam ketika melayari laman micro blogging Twitter membaca soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada Najib (#Tanya Najib) dalam sessi Google Hang-out malam ini terbaca aku satu soalan..



Soalan yang dijangka langsung tak akan dijawab oleh Najib.



Soalan yang ditanya oleh @azhar1975 itu berbunyi “Dato Seri tau tak ada roti canai dinamakan roti najib?”.. sila lihat di ( SINI )




Memang diakui ada sesetengah Kedai atau Restoran mamak yang menggunakan istilah itu untuk roti canai mereka, ianya digunakan untuk roti kosong (roti tiada telur).



Dan ramai anak muda menggunakan istilah 'Roti Najib' jika ingin menikmati roti canai tiada telur.



Peniaga roti canai pun sudah faham apa yang dimaksudkan dengan 'Roti Najib' itu..



Tapi tak pernah lagi aku jumpa kedai yang yang seberani ini.. tengok gambar di bawah..




Gara-gara takut dengan cabaran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang meminta Perdana Menteri, Najib berdebat dengannya semasa sesi perbahasan Bajet 2012 oleh Anwar pada 1 Oktober lalu, peniaga roti canai meletakkan menu roti canai di kedainya sebagai 'Roti Najib'!



Dijual dengan harga 80 sen sekeping, 'Roti Najib' ini dipercayai mula dijual semalam sebagai simbolik ketakutan Najib yang diistilah sebagai tiada telur sebab tidak berani) berdebat dengan Anwar walaupun berkali-kali Anwar menggesa Najib Altantuya membincangkan intipati bajet yang dibentangnya sendiri pada Jumaat lalu.



Dalam senarai menu yang sama, roti telur dijual lebih mahal dengan harga RM1.50 sekeping.



Tidak diketahui sama ada peniaga roti canai ini adalah penyokong Pakatan Rakyat namun beliau tidak gentar sekiranya pihak berkuasa mahu menyerbu kedainya semata-mata tindakannya menamakan roti canai itu sebagai 'Roti Najib'.



Dengan bukti jelas ini sahlah bahawa Najib kini dimalukan secara terbuka tanpa rasa takut atau bimbang mengenai sebarang tindakan yang akan dikenakan ke atasnya ~ Jalan Pulang






Sumber: Dari Sungai Derhaka

Tuesday 2 October 2012

HOT!!! Jelingan NAKAL amoi cun bersama VVIP..


Rakan blogger gua si Empayar Pemuda mendedahkan gambar-gambar Khalifah Ah Beng sedang bersukaria bersama ARAK dan juga amoi cun dari Taiwan..



Kata beliau, gambar tersebut adalah dari simpanan blogger Pakatan Anak Sungai Derhaka yang tak sempat di'watermark'..(baca sini)



Perghhh..., bukan main suka lagi ye Ah Beng dapat bergambar di Pub tu..



Korang tengok je lah riak dimuka Khalifah kesayangan puak-puak Pas tu beb.. Itu muka gatal namanya sebab ada amoi cun disebelah..



Dan kalau korang nak tahu, inilah konsep amar makruf nahi mungkar yang diamalkan dalam kehidupan Ah Beng.. Dan konsep ni jugak direstui oleh Pok Nik alaihissalam..



Dulu gua ingat lagi.., Ah Beng pernah menyatakan bahawa dia bertekad untuk mengamalkan pemerintahan mengikut acuan khalifah Umar Al- Khattab. (BACA SINI)



Malah Ah Beng juga pernah menegaskan bahawa hanya "Amar Makruf Nahi Mungkar" sahaja yang boleh mencegah kegiatan jenayah.



Masa tu, bukan main bertakbir sakan geng-geng melayu haprak dalam Pakatan.. Dorang punyalah suka sampaikan ada yang sanggup cium tangan Ah Beng masa berbuka puasa..



Dorang jaja keliling kampung kata Ah Beng lebih Islamik dari Najib.. Dorang pukul canang bahawa Ah Beng lagi faham tentang ajaran Islam dari Muhyidin..



Rupa-rupanya, puak-puak melayu bangang dalam Pakatan tu kena kencing hidup-hidup beb.. Bukan kencing sikit.., tapi habis lencun sampai ke seluar dalam...



Itu pun dorang tak sedar lagi... Akhirnya Ah Beng jugak yang pandai sebab boleh tipu melayu haprak dalam Pakatan..



Blogger-blogger pencacai dorang yang perasan pandai pun kena kencing jugak beb.. Kalau dah kena kencing tu.., tak lah pandai mana kannn.... Hahahahaha...





p/s: Bini Ah Beng tak marah ke laki dia berkepit dengan amoi cun tu? Confirm perang besar punyalah selepas ni.. Hahahahaha...





Sumber: Media Permatang Pauh

Monday 1 October 2012

Sengaja Berbogel Depan Rumah



Seremban – Beberapa penduduk di Kampung Limbok, Temiang, di sini, rimas dengan gelagat warga asing yang selalu membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam. Gambar fail



Bukan sahaja membuat bising dan mabuk, malah ada warga asing yang menyewa rumah di sekitar Jalan Seng Meng Lee, di sini, sengaja berbogel di hadapan rumah.



Penduduk, Tang Kam Sing, 60, berkata, sejak setahun lalu kehidupan keluarganya tidak tenteram dengan kehadiran sekumpulan warga asing yang menyewa di hadapan rumahnya.



Menurutnya, paling merimaskan keluarganya ialah tindakan lelaki berusia 20-an itu yang dipercayai warga Bangladesh sengaja berbogel di hadapan pintu rumah.



“Setiap pagi isteri saya akan bersenam di hadapan rumah dan dia pula sengaja membuka pintu dan tingkap supaya isteri saya dapat melihatnya.



“Meskipun dia tidak mengganggu kami namun tindakannya yang berbogel amat merimaskan," katanya kepada Sinar Harian, di sini.



Kam Sing berkata, dia pernah menasihatkan rakan serumah lelaki terbabit supaya menasihati rakannya itu agar menjaga tingkah laku.



“Atas semangat kejiranan, saya sekadar mahu menegurnya dan tidak tergamak mahu menghalau mereka tetapi sehingga kini masih tiada perubahan,” katanya.



Seorang lagi penduduk, Low Chin Han, 45, berkata, hampir 100 warga asing di sekitar kampung berkenaan sering berkeliaran setiap malam.



“Mereka buat bising setiap malam dan sentiasa dalam keadaan mabuk.



“Kami bimbang dengan keselamatan anak perempuan kerana mereka juga selalu ganggu wanita yang sering berjalan kaki pulang ke rumah,” katanya.



Menurutnya, ketiadaan polis peronda bagi mengawal keselamatan penduduk juga amat mendukacitakan.



Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Temiang, Ng Chin Tsai berkata, aduan mengenai masalah itu telah diajukan kepada pihak berkenaan.



“Saya harap polis melakukan rondaan secara berkala di kawasan ini bagi mengelak kejadian tidak diingini.



“Saya juga berharap, Jabatan Imigresen dapat melakukan siasatan terhadap warga asing di sini, sama ada mereka mempunyai dokumen sah atau tidak,” katanya. -SH








Sumber: Kelab GreenBoc

Ustazah bersubahat ROGOL anak perempuan sendiri..


Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang, Kuala Lumpur diatas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya mencabul dan merogol anak perempuannya berusia 15 tahun di kediaman mereka.



Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan hakim, Roszianayati Ahmad.



Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa yang sama tahun lalu.



Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur ketika kejadian selain menjaga keselamatan saksi pendakwaan terdiri daripada mangsa dan anak-anak wanita itu.



Roszianayati memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama dengan kes suaminya di hadapan hakim Manira Mohd Nor di Mahkamah Sesyen Ampang.



Sementara itu, suami ustazah berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah diatas dua dakwaan merogol anak tirinya itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa.





p/s: Walaupun bergelar ustazah, itu bukan bermakna pompuan tu akan alim dan warak beb.. Renung-renungkan lah yee...





Sumber: Media Permatang Pauh

Sunday 30 September 2012

HOT SKANDAL!! Gambar VVIP didedahkan oleh blogger Pakatan..




Gua hanya menimbulkan persoalan mengenai siapakah VVIP yang bergambar dengan amoi cun bersama gelas BEER disebuah pub.. Amoi tu pulak mempunyai dakwaan menawarkan perkhidmatan seks kepada lelaki-lelaki berhidung belang..



Dan gua cuba nak tahu, apakah hubungan VVIP terbabit dengan amoi tu.. Sebab, sebelum ni pun VVIP terbabit ada mempunyai rekod 2-3 kali berkunjung ke 'tempat' amoi tersebut..



So bila amoi tu sanggup 'terbang' ke Penang ni.., takkan tak ada apa-apa kot?



Setakat ni, gua tak dedahkan gambar VVIP tersebut untuk menjaga imej beliau.., tapi nampaknya blogger pencacai penjilat Anwar yang mula-mula dedahkannya dulu..






Apakah motif blogger-blogger kaldai tersebut dedahkan gambar VVIP tu? Adakah dia mahu menjatuhkan imej 'alim' dab 'warak' VVIP tersebut dimata pengikut Pakatan?



Blogger terbabit juga tuduh gua cuba fitnah VVIP terbabit.. Apa yang gua fitnah? Pasal gua anggap VVIP tu alim dan warak ke?



Beb.., bukan ke VVIP tu dah diangkat setaraf khalifah Umar dan juga berlakon alim dan warak didepan masyarakat Islam? Tak percaya? Korang tengok sendiri lakonan dia masa bulan puasa..



Satu lagi.., bukan gua yang angkat darjat VVIP tu beb.., Nik Aziz yang iktiraf tauu..






So.., dengan pendedahan dari blogger Milobasi dan ASD tu, terbukti bahawa VVIP tersebut tak disukai dalam Pakatan sendiri.. Kalau tak, takkanlah dorang sanggup dedahkan VVIP tersebut untuk menjatuhkan imej beliau..



Gua difahamkan bahawa blogger Milobasi tu dibayar elaun bulanan oleh Anwar Ibrahim.. Rasanya mesti Anwar yang suruh pencacai belaannya tu dedahkan gambar VVIP tersebut untuk malukan beliau..



Dan gua juga diberitahu, blogger ASD tu baik dengan Mansor Othman, TKM1 Penang yang sebelum ni kata Ah beng Cocky & Arrogant.. Adakah dia juga dibayar oleh Mansor untuk balas dendam pada Ah Beng?



Pesanan gua kepada blogger-blogger macai tersebut.., jangan dedahkan aib pemimpin sendiri.., tak baikkk.... VVIP tu kan berperwatakan Islamik di mata semua pencacai... Hahahahahahaha.....





Sumber: Media Permatang Pauh

Saturday 29 September 2012

HOT SKANDAL!!! Lagi gambar panas didedahkan..




Selepas gua dedahkan gambar seorang amoi cun yang memegang gelas Beer dan seorang VVIP politik yang berimej 'islamik' dan juga berperwatakan warak diblog MPP ni, ramai yang mula meneka-neka siapakah sebenarnya individu tersebut..



Blog sahabat gua MyMassa meneka bahawa individu tersebut adalah Salleh Man atau Mat Sabu.. Blog Flyingkick dan blog Rezab Tanah Melayu agak bahawa Lim Ah Beng dalam gambar tersebut..



Manakala blogger termacho Penang Dr MiM dan blogger 6pax Empayar Pemuda pulak main playsafe kononnya dorang tak dapat meneka individu yang dimaksudkan..



Yang paling menarik, dalam Fesbuk ramai yang kata Abang Mansor merupakan orang disebelah amoi cun tersebut.. Tak kurang jugak yang teka nama Nuar Berahi..



Macam mana pun.., gua tak kata tekaan dorang tu salah.., dan gua juga tak kata betul.. Gua cuma boleh kata semua nama yang disebutkan oleh dorang adalah VVIP politik di Penang ni beb..






Dan segala kemungkinan memang ada untuk individu-individu diatas dikaitkan dengan amoi cun tu..



Tapi satu perkara je yang gua nak highlight kan.., VVIP tu memang berimej 'islamik' dan 'alim'.. Dia juga berperwatakan warak hinggakan disayangi oleh semua penyokong-penyokong dia..



Sebab itulah ramai yang tak akan percaya bahawa individu tu terbabit dengan minuman keras dan juga bergambar dengan amoi cun yang mempunyai skandal menawarkan khidmat seks..



Ye lah kann.., orang alim dan juga dilantik sebagai 'pemimpin agama' macam tu takkanlah boleh bersubahat didalam hal-hal dosa kann..



Jangankan kata Islam.., dalam mana-mana agama sekalipun menegaskan bahawa arak itu adalah bahan terlarang.. tambah la kalau berkepit dengan amoi yang diketahui mempunyai dakwaan salah laku moral..



So.., inilah yang dinamakan HIPOKRIT beb.. Depan rakyat dia berlakon alim dan warak.., tapi dibelakang rupanya sebaliknya.. Itu pun masih ramai yang terpedaya.. Kesiann...







p/s: Apakah kaitan amoi tersebut dengan ChinaDoll dalam video Nuar? Nanti kita sambung ye...





Sumber: Media Permatang Pauh

Friday 28 September 2012

HOT SKANDAL!!! Siapakah VVIP disebelah amoi cun ni?




Dalam gambar diatas tu ada sorang amoi cun.., disebelahnya pulak ada sorang VVIP di Penang.. Dan yang paling menarik, ditangan amoi cun tu ada segelas besar BEER..



Walawehh.., selalunya beer macam tu hanya boleh didapati dikelab-kelab malam ataupun PUB.. Adakah VVIP tersebut pengunjung setia Nite Club atau Pub?



Kalau betul, selama ni VVIP tersebut yang selalu dikaitkan dengan imej 'islamik' dan juga 'beperwatakan warak' tersebut memang terbukti hipokrit..



Depan rakyat dia main wayang tunjuk baik dan berlagak 'alim'.. Tapi rupanya, VVIP tu terjebak dengan maksiat!!



Gua dah check.., amoi dalam gambar diatas tu dilaporkan terlibat dalam aktiviti menawarkan seks servis kepada lelaki-lelaki yang dahagakan belaian manja..



So.., apakah kaitan VVIP tu dengan amoi cun tersebut? Adakah dia sekadar teman minum-minum.., ataupun teman tapi mesra? Mesra macam mana? Korang sendiri fikirlah beb... Hahahaha...





p/s: Ada lagi gambar yang bakal menyusul selepas ni..





Sumber: Media Permatang Pauh

Mahkamah Brazil Perintahkan YouTube Hapuskan Filem Anti-Islam Dalamasa 10 Hari



Sao Paolo - Sebuah mahkamah Brazil pada Selasa (25/9/2012) melarang sebuah filem anti-Islam yang menelurkan protes keras di seluruh dunia Muslim dan memberi YouTube masa 10 hari untuk menarik trailer filem tersebut dari laman webnya, lansir Al Arabiya.



Keputusan oleh mahkamah negeri di Sao Paulo, rumah bagi pendatang masyarakat Timur Tengah, berlaku beberapa jam selepas Presiden Brazil, Dilma Rousseff mengecam "Islamophobia" di negara-negara Barat dalam pidato di PBB.



Tuntutan terhadap filem kontroversi tersebut dibawa oleh sebuah kumpulan Muslim Brazil, Kesatuan Kebangsaan Islam, terhadap pemilik Youtube, Google Inc untuk menerbitkan di internet sebuah video yang telah menyerang Islam.



Dalam keputusannya, Hakim Gilson Delgado Miranda mengatakan kes ini menyandingkan "kebebasan bersuara" dan keperluan untuk melindungi individu atau kelompok masyarakat dari tindakan yang mungkin menghasut diskriminasi agama.



Ini bukan kali pertama mahkamah Brazil melawan Google. Sebelumnya mahkamah pilihan raya memerintahkan penangkapan eksekutif Google yang paling senior di Brazil selepas syarikat gagal untuk menghapuskan video di YouTube yang menyerang calon walikota tempatan.



Cabaran undang-undang menggariskan soalan yang lebih luas mengenai tanggung jawab Google untuk kandungan yang dimuat naik pihak ketiga ke laman webnya, seperti video anti-Islam yang mengejek Nabi Muhammad salallahu alaihi wa sallam dan mencetuskan gelombang protes di dunia Muslim.



Lima belas orang terbunuh di Pakistan selama demonstrasi atas video tersebut pada minggu lalu.



Orang-orang yang terlibat dalam filem amatur yang telah diposting di YouTube, mengatakan bahawa itu dibuat oleh seorang lelaki California berusia 55 tahun, Nakoula Basseley Nakoula.








Sumber: Kelab GreenBoc

Thursday 27 September 2012

[VIDEO] PKNS Buat Laporan Polis Terhadap NGO Mesra UMNO



Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap syarikat tersebut.



Peguam mewakili PKNS, Sankara Nair berkata beliau telah menasihati PKNS untuk membuat laporan polis terhadap Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Presidennya, Azwanddin Hamzah.



“Kami menegaskan bahawa anak guam kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana media atau organisasi yang membuat kenyataan fitnah mengaitkan PKNS dan penyelesaian hutang Talam,” katanya di luar Ibu Pejabat Daerah Polis Shah Alam di sini hari ini.



PKNS turut membuat laporan polis hari ini ke atas JMM berhubung risalah berbau hasutan dan fitnah yang didakwa menyalahi undang-undang.



Laporan polis itu menyebut bahawa risalah dengan logo JMM menghasut pemilik-pemilik rumah yang telah membeli rumah dari PKNS atau Selangor Industrial Corporation (SIC) agar memohon kepada kerajaan negeri melupuskan hutang tertunggak.



Dasar ini kononnya atas sama seperti diambil kerajaan negeri Selangor dalam melupuskan hutang Talam Corporation Berhad.



Salinan risalah bertarikh 15 September 2012 itu antara lain turut disertakan borang bertajuk “Pembelian Hutang PKNS”.



Penulis risalah – Azwanddin didakwa berniat jahat dengan menulis, menerbitkan dan mengedar risalah mengaitkan PKNS dengan isu Talam sedangkan hal tersebut tidak mempunyai kaitan.



“Saya juga melaporkan bahawa motif penulisan, penerbitan dan pengedaran risalah itu mencetuskan perasaan takut,rungsing dan gusar dalam minda orang ramai terhadap PKNS serta mengaibkan dan menjatuhkan reputasi,” kata Pegawai Undang-undang PKNS, Silawati Mat Jusoh yang membaca laporan polis itu kepada media.



Pada 21 September lalu, satu laporan polis turut dibuat ke atas organisasi media dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkenaan laporan berita palsu yang mengaitkan anak syarikat PKNS- PKNS Infra Sdn Bhd terlibat dalam kes kecurian air.



GAPS lapor polis tentang bas Dalam perkembangan lain, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) turut membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, berhubung dakwaan penyelewengan pemilikan pembelian bas oleh Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin mendakwa Menteri Besar mengaku bas dimiliki beliau dan disewa kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk tujuan pilihan raya akan datang.



Maka beliau mahu siasatan terperinci dibuat kerana mensyaki pembelian bas mewah itu yang didakwa bernilai RM900 ribu.



Laporan berhubung hal tersebut juga akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -FMT










Sumber: Kelab GreenBoc

OKU Ikrar Bantu PR Tawan Putrajaya







Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berikrar untuk membantu Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.



Lontaran ini disuarakan oleh Ketua Penggerak Kempen OKU Bangkit 2012, Mohammad Faizal Che Yusof dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.



Menurutnya, kempen ini merupakan satu mekanisme bagi mengetengahkan permasalahan OKU agar lebih diberikan perhatian oleh semua pihak.



“Diharapkan parti politik akan peka mengenai OKU dalam menifesto pilihanraya akan datang.



Kita bersedia untuk membantu PR memenangi Putrajaya InsyaAllah,” katanya.



Selain itu katanya, kerajaan perlu memberikan elaun kecacatan kepada OKU secara menyeluruh tanpa mengikut jenis kecacatan dan gaji pekerja OKU.



Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberikan tambahan kewangan kepada OKU yang bekerja sehingga mencapai pendapatan RM1,500 sebulan dan RM150 kepada OKU yang tinggal di rumah.



“Pembangunan OKU perlu dibuat secara menyeluruh. Satu portfolio OKU perlu dimartabatkan di peringkat kementerian di persekutuan dan exco di peringkat negerim.



“Kita harapkan dalam Bajet 2013 ada sesuatu untuk OKU,” ujarnya lagi.



Sementara itu, Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS, Dr Siti Mariah Mahmud berkata pihaknya akan terus mendokong segala usaha pembangunan kepada golongan OKU di seluruh Malaysia.



Katanya, penubuhan sekateriat ini juga merupakan langkah awal bagi membantu kemenangan PR bagi membangunkan OKU kelak.



“Pihak kami akan mengikhtiarkan sebuah pusat khidmat atau sehenti OKU nasional bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih signifikan kepada OKU termasuk kajian berkaitan OKU, advokasi, perancangan dan perlaksanaan pembangunan.



“Meskipun belum memerintah, kami akan mengikhtiarkan yang terbaik untuk mereka,” katanya. -selangorku








Sumber: Kelab GreenBoc

Perogol Bersiri Yang Diburu Polis Kerana Merogol Sewaktu ‘Temuduga’ DICEKUP!



Seorang lelaki yang merogol dan merompak wanita selepas sesi ‘temuduga’ yang dilakukan di dalam bilik hotel, ditahan polis awal Rabu di sebuah rumah di Seksyen 27, Shah Alam.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, hasil risikan polis, lelaki berusia 29 tahun itu yang diklasifikasikan sebagai perogol bersiri dan amat dikehendaki polis sejak 2010, ditahan di rumahnya pada 2 pagi ketika sedang tidur.



Beliau berkata, modus operandi lelaki itu ialah mengiklankan tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan di internet, khas untuk golongan wanita sahaja.



Suspek akan menghubungi mangsa yang kononnya disenaraikan pendek bagi mengatur sesi temuduga di hotel-hotel mewah dengan meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mangsa sendiri.



“Dia akan bagi alasan tak bawa kad pengenalan lah, duit tertinggal la.



Ini semua bagi mengelakkan namanya direkod dan disyaki pihak berkuasa.



Mangsa sebelum itu juga diminta membawa barangan berharga seperti I-Pad, telefon bimbit dan sebagainya,” katanya.



Ku berkata, selepas dirogol, barangan berharga milik mangsa juga dilarikan namun mangsa tidak dicederakan.



Beliau berkata, suspek dipercayai terlibat dalam beberapa kes yang sama, yang dikesan sejak 2010 di Kuala Lumpur dan Selangor berdasarkan modus operandi yang digunakan.



“Namun kita percaya suspek terlibat dalam banyak lagi kes, (yang sama), namun tidak dilaporkan mangsa,” katanya dan meminta kaum wanita yang pernah menjadi mangsa lelaki itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis.



Beliau berkata, suspek yang merupakan seorang jurujual direman pagi ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan rogol serta melakukan rompakan – BERNAMA.





Laporan sebelum ini

klik untuk baca










Sumber: Kelab GreenBoc

Gambar BOGEL remaja 16 tahun jadi ubat sakit jantung?


Seorang gadis sanggup mencederakan diri serta menghantar gambar bogelnya melalui Perkhidmatan Pesanan Multimedia (MMS) kononnya untuk mengubati teman lelaki yang diserang penyakit jantung.



Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Caroline, 16, berkata, dia mengenali lelaki itu sejak Februari tahun lalu selepas diperkenalkan oleh rakan sekolahnya.



Namun, sepanjang tempoh perkenalan dengan lelaki itu, mereka tidak pernah berjumpa, sebaliknya hanya berhubung melalui telefon.



“Lebih setahun saya berkenalan dengan lelaki itu tetapi belum pernah berjumpa. Saya hanya mengenalinya melalui gambar yang dihantarnya melalui MMS. Dalam tempoh perkenalan kami, dia memang seorang lelaki yang baik dan romantik,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan, semalam.



Katanya, sebelum ini teman lelakinya pernah meminta dia menghantar gambar bogel dan akur terhadap permintaan itu kerana rasa sayang.



“Tanpa berfikir panjang, saya memberi gambar yang diminta kerana percaya permintaan itu sekadar suka-suka, tiada niat lain,” katanya.



Caroline berkata, peristiwa hitam hidupnya bermula apabila dia dimaklumkan oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai bapa saudara teman lelakinya bahawa kekasihnya itu terpaksa dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung.



“Ketika itu, pakcik teman lelaki saya yang turut bergelar ‘Datuk’ meminta supaya saya MMS gambar bogel bagi mengubati teman lelaki saya.



“Selain itu, dia turut memberikan syarat lain iaitu tidak boleh tidur selama enam hari kerana jika saya tidur, teman lelaki saya itu akan mati,” katanya.



Lebih berani, bapa saudara teman lelakinya itu turut menyuruh Caroline mencederakan diri kerana boleh memberikan alasan didera oleh ibu bapa jika dia keluar dari rumah nanti.



“Dia (pakcik) kata, ada makhluk halus yang memerhatikan saya setiap masa, jadi saya kena ikut segala kemahuannya jika mahu teman lelaki selamat. Dia juga ada menghantar MMS gambar lucah teman lelaki saya selepas saya menghantar gambar saya,” katanya.



Tingkah laku pelik Caroline bagaimanapun dapat dikesan oleh ibunnya yang menyedari dia tidak tidur pada waktu malam.



Menurut ibunya yang dikenali sebagai Mei Ling, 35, dia mendapati anaknya tidak tidur dan duduk di biliknya sambil menangis ketakutan.



“Ketika ditanya, anak saya menunjukkan telefonnya dan menceritakan apa yang berlaku.



“Bimbang dengan keselamatan anak, saya membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan iaitu pada 18 September dan 20 September,” katanya.



Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chong Siang berkata, mana-mana remaja yang mengalami masalah yang sama diminta tampil membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.





Sumber: Media Permatang Pauh

Masalah E-undi Pilihanraya Kampus: Percubaan Menipu Yang Gagal





UIA hadapi masalah ‘pengundi hantu’ dalam sistem e-pengundian



KUALA LUMPUR, 27 Sept — Pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberikan alasan peningkatan pengundi dalam sistem e-pengundian melebihi jumlah yang layak mengundi menyebabkan pilihan raya kampus (PRK) terpaksa ditangguhkan.



Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Datuk Mizan Hitam, dalam kenyataan rasmi mengesahkan perkara tersebut.



“Sebagai contoh, sepatutnya satu kuliah mempunyai 300 pengundi tetapi e pengundian mencatatkan jumlah melebih 2000 pengundi yang layak,” katanya.



Memetik laporan di Berita Harian hari ini, Dekan Bahagian Pembangunan dan Perhubungan Pelajar UIAM, Dr Akmal Khuzairy Abd Rahman mengesahkan perkara tersebut dan dijangkakan pilihan raya semula akan diadakan pada minggu depan.



“Saya masih belum menerima laporan rasmi tetapi ia berpunca daripada masalah teknikal,” kata Dr Akmal kepada Berita Harian.



Dr Akmal juga berkata tarikh pilihan raya akan diputuskan hari selepas selesai bermesyuarat.



Disamping itu, beliau juga mempertahankan keupayaan sistem e-pengundian yang digunakan oleh semua universiti dalam PRK kali ini.



“Ia tidak berlaku di universiti lain kecuali di UIA,” kata Dr Akmal.



Bagi mengelak ia berulang, UIA dijangkakan beralih kepada sistem lama iaitu mengadakan pilihan raya secara manual.



Cadangan itu dilontar oleh Datuk Mizan dan Dr Akmal dalam kenyataanya hari ini juga menyuarakan pendapat sama yang mahu senat mengadakan satu lagi PRK secara manual.



Semalam, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam sidang medianya berkata pihaknya telah menerima laporan awal yang mengatakan kelewatan itu disebabkan kesilapan teknikal dalam penggunaan sistem e-undi yang dikelolakan pihak bertanggungjawab di UIAM.



Sebanyak 32 kerusi dipertandingkaan melibatkan 18 kerusi di kampus Gombak dan 13 kerusi di kampus Kuantan.



Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam kenyataannya hari ini menggesa sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat segala aduan ketidak adilan dan penipuan yang berlaku dalam PRK sesi ini.



Beliau juga menyifatkan PRK yang berlangsung semalam telah menyaksikan penyelewengan dan penindasan ke atas hak demokrasi mahasiswa. -TMI



Nurul Izzah: Kredibiliti pilihan raya kampus tercalar



PILIHAN raya kampus yang diadakan semalam mencatitkan titik hitam dalam sejarah Malaysia dengan campur tangan pihak eksekutif serta amalan budaya samseng, ugutan berbentuk jenayah yang menekan dan mengekang hak serta kebebasan mahasiswa.



Projek Ops2020, yang didedahkan dalam Parlimen sesi yang lalu terbukti dirangka untuk memenangkan calon-calon kampus yang pro-kerajaan. Projek ini telah memberikan laluan kepada nasir-anasir luar yang didalangi pihak tertentu untuk terus menyekat perjalanan pilihan raya kampus yang bersih, adil dan telus.



Gejala samseng mulai menerjah masuk ke kampus-kampus, dengan insiden terbaru Pengerusi Pro-M Universiti Malaya yang dibelasah oleh 5 orang samseng. Budaya ini wajib dikecam dan segera ditangani oleh pihak berwajib.



Adakan audit terbuka ke atas e-undi.



Sebahagian daripada perancangan durjana pihak eksekutif termasuklah pengenalan sistem e-undi Universiti Malaya (UM) sejak 2009 apabila pihak pentadbiran UM meneruskan konsep menukar sistem kertas undi kepada sistem e-undi (undi secara berkomputer).



Para mahasiswa serta mahasiswi menentang keras sistem e-undi yang diperkenalkan kerana ia memberi impak kepada ketelusan, keberkesanan dan ketelusan setiap undi mahasiswa. Tiadanya audit ke atas sistem e-undi tersebut, dikeruhkan dengan perjalanan pilihan raya kampus yang tidak dipantau oleh pihak yang tidak berkepentingan.



Secara tuntas, persoalan-persoalan berkait sistem e-undi perlu dijawab:



i. Adakah undi rahsia?

ii. Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?

iii. Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-undi untuk memastikan telus dan tidak boleh dimanipulasi?



Setelah e-undi diperkenalkan sejak 2009, pada 2010 pihak pentadbiran UM sekali lagi memperkenalkan sistem baru dalam pelaksanaan pilihan raya kampus iaitu e-calon, e-daftar dan e-bantah yang semuanya berbentuk elektronik.



Sistem yang diguna pakai ini mengakibatkan seribu permasalahan buat mahasiswa di mana pada pilihan raya kampus UM kali ini – dua fakulti iaitu Fakulti Sains dan Pendidikan terpaksa menjalankan undian semula akibat undi seri yang diperoleh oleh kedua-dua fraksi Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa.



Sejarah hitam demokrasi kampus juga tercipta di Universiti Islam Antarabangsa, apabila pilihan raya kampusnya terpaksa diulang semula kemudian secara manual akibat masalah teknikal. Kemelut undian semula yang berangkai bagi banyak universiti membuktikan sistem e-undi perlu dibaik pulih, sebelum boleh dilaksana sepenuhnya.



PKR menggesa supaya Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan sistem undian manual sehinggalah satu badan bebas khas diwujudkan untuk menyiasat dan menyelesaikan kemelut yang berlaku, termasuklah pelaksanaan audit bebas terhadap sistem e-undi. Kita wajib membaik pulih imej universiti-universiti di Malaysia yang tercalar teruk akibat manipulasi sebegini.




Nurul Izzah Anwar

Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR









Sumber: Kelab GreenBoc

Kesiann.. Guan Eng dihalau dari rumah sewa..


Pergerakan Pemuda Gerakan Pulau Pinang hari ini menyatakan kesediaan membantu mencari sebuah rumah baru untuk disewa oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng jika benar beliau menghadapi masalah rumah ekoran perjanjian sewa banglo yang didudukinya masih belum diperbaharui.



Naib Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Kah Leong berkata pemilik banglo itu yang hanya dikenali sebagai 'Cik P' didakwa enggan memperbaharui perjanjian sewa itu atas alasan Barisan Nasional (BN) negeri sering 'menyerang' dan mengaitkannya (Cik P) dengan pembelian tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini.



Beliau berkata setiausaha politik Lim, Ng Wei Aik sebelum ini membuat kenyataan bahawa disebabkan alasan itu, Lim diarah keluar dari banglo berkenaan.



"Kalau Lim Guan Eng betul-betul tak dapat rumah untuk duduk, saya Tan Kah Leong 'volunteer' cari satu rumah bagi dia sewa. Kita akan bantu dia cari rumah untuk sewa.



"Tidak perlulah 'berlakon' untuk mendapatkan belas kasihan rakyat dengan mengadakan cerita yang bukan-bukan. Sebagai pemimpin politik apabila memberikan alasan tiada lagi tempat tinggal hingga terpaksa tidur di luar rumah nampak seperti budak-budak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.



Sabtu lepas, Ng yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Komtar mendedahkan dokumen perjanjian sewa sebanyak enam muka surat antara Lim dan pemilik banglo kepada orang awam.



Perjanjian itu menyatakan Lim menyewa banglo itu sejak 1 Julai 2009 dengan sewaan sebanyak RM5,000 sebulan bagi tempoh tiga tahun sehingga 30 Jun 2012.



Bagaimanapun, Ng berkata pemilik banglo itu masih belum membuat keputusan sama ada mahu memperbaharui perjanjian itu dan ketua menteri masih tinggal di banglo tersebut walaupun perjanjian sewaan telahpun tamat.



Sementara itu, Ketua Pemuda BN negeri Oh Tong Keong yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata dakwaan Ng itu ternyata tidak berasas memandangkan BN negeri mula membangkitkan isu 'Cik P' pada 25 Ogos 2012, sedangkan berdasarkan perjanjian penyewaan itu, ia sepatutnya diperbaharui dua bulan sebelum tarikh tamat iaitu selewat-lewatnya 1 Mei lalu. - Bernama





p/s: Siapakah amoi cun kat dalam gambar diatas tu? Adakah dia Cik P yang dimaksudkan? Jeng jeng jengggg...... Sikit masa lagi kita akan dedahkan... Tunggguuuuu... Hahahaha....





Sumber: Media Permatang Pauh

Suspek Utama Kes Bunuh, Samun RM1.2 juta Ditahan



Ipoh - Seorang pengawal keselamatan yang disyaki menembak mati rakan sekerjanya dan melarikan wang tunai RM1.2 juta di Aulong, Taiping, minggu lepas, ditahan di Bukit Kampung Syed Omar, Kangar, Perlis semalam.



GAMBAR: Suspek utama kes bunuh dan samun wang tunai syarikat keselamatan berjumlah RM1.2 juta di Taiping minggu lalu direman tujuh hari bagi membantu siasatan polis - Foto Bernama



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 11 pagi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Perlis.



"Dengan tangkapan itu, kes itu dianggap selesai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Beliau berkata polis turut merampas wang tunai RM7,250 dan mata wang Thai 550 Bath daripada lelaki terbabit.



Jumaat lepas, polis menahan enam suspek iaitu empat lelaki dan dua wanita berusia antara 25 dan 30-an bagi membantu siasatan kes itu.



Dalam kejadian 18 Sept lepas, pemandu van syarikat keselamatan, Hasnul Hafiz Saad, 28, mati di tembak empat das dari jarak dekat ketika mangsa dan rakan sekerjanya dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai di beberapa bank di bandar Taiping - Bernama.





Laporan sebelum ini

klik untuk baca













Sumber: Kelab GreenBoc